Sumber : https://www.facebook.com/groups/pendidikankhas/
MEMAHAMI TINGKAH LAKU MURID , FAHAMI FAKTOR PENYUMBANG TINGKAH LAKU BERMASALAH MBPK
Apabila murid bertingkah laku, perkara paling penting untuk kita fahami ialah:
Dalam konteks Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), tingkah laku sering muncul kerana murid tidak mampu menyatakan keperluan secara lisan. Maka, tingkah laku menjadi bahasa mereka.
Tingkah laku boleh berpunca daripada keadaan dalaman murid sendiri, antaranya:
• keletihan, mengantuk, lapar atau dahaga
• sakit, tidak selesa, kesan ubat atau isu kesihatan
• emosi seperti takut, cemas, marah, kecewa atau terlalu teruja
• kesukaran regulasi emosi
• kemahiran komunikasi yang terhad / non-verbal
• tahap kefungsian rendah
• tidak memahami arahan atau jangkaan orang dewasa
Kadangkala, tingkah laku murid dipengaruhi oleh cara kita mengajar dan mengurus, antaranya:
• tugasan terlalu sukar atau tidak ikut tahap murid
• arahan terlalu panjang, abstrak atau tidak jelas
• perubahan rutin tanpa persediaan
• aktiviti tidak menarik minat murid
• pengurusan berkumpulan yang tidak sesuai
• kurang konsistensi antara guru dan PPM
• reaksi dewasa yang tidak disengajakan menguatkan tingkah laku (contohnya memberi apa yang murid mahu ketika mengamuk)
• kurang latihan dan keyakinan dalam memahami fungsi sebenar tingkah laku
Persekitaran juga memainkan peranan besar dalam mencetuskan atau memburukkan tingkah laku:
• bunyi bising yang melampau
• cahaya terlalu terang
• ruang sesak, panas atau tidak selesa
• susun atur kelas yang tidak berstruktur
• tiada zon khusus (belajar, rehat, bermain)
• bahan dan peralatan tidak sesuai tahap murid
• kurang sokongan visual
mari kita bertanya:
Kerana pengurusan tingkah laku yang berkesan bukan bermula dengan hukuman,
tetapi dengan pemahaman, pencegahan dan persekitaran yang menyokong.
“Kita tidak boleh mengawal murid, tetapi kita boleh mengawal cara kita mengajar dan persekitaran yang kita sediakan.”
0 Response to "Memahami Tingkahlaku Murid MBPK"
Post a Comment