Autisme + Language Disorder + Speech Sound Disorder




Sumber : https://www.facebook.com/groups/pendidikankhas/
Penulis : SI ORI Therapy


Autisme + Speech Delay ❌
Autisme + Speech Language Disorder ✅
Autisme + Language Disorder + Speech Sound Disorder ✅
🤔 Kenapa Istilah yang Tepat Sangat Penting❓
Dalam masyarakat, istilah “autisme + speech delay” sering digunakan untuk menggambarkan kanak-kanak autisme yang lambat bercakap.
👉 Namun, istilah ini sebenarnya boleh mengelirukan dan menimbulkan harapan yang tidak realistik, seolah-olah dengan terapi pertuturan dan intervensi yang kerap, anak akan “pulih” dan mengejar perkembangan kanak-kanak neurotipikal.
💢 Secara saintifik dan klinikal, autisme ialah kondisi neurodevelopmental, bukan sekadar kelewatan perkembangan. Kajian menunjukkan perkembangan bahasa dan komunikasi dalam autisme adalah heterogen dan atipikal, bukan hanya lambat dari segi masa (DSM-5-TR; Tager-Flusberg et al., 2005).
⚠️ Ramai kanak-kanak autisme menunjukkan pola komunikasi berbeza seperti kesukaran pragmatik, echolalia, prosodi yang tidak tipikal, atau kesukaran membentuk bunyi pertuturan. Yang mana ciri-ciri ini lebih tepat diklasifikasikan sebagai Speech Language Disorder (SLD), Language Disorder (LD) atau Speech Sound Disorder (SSD), bukan sekadar delay.
🔎 ASHA dan RCSLT menekankan bahawa istilah disorder digunakan apabila terdapat perbezaan kualitatif dalam perkembangan bahasa dan pertuturan, bukan hanya kelewatan milestone.
➡️ Penggunaan istilah yang tepat membantu ibu bapa memahami bahawa intervensi bertujuan menyokong komunikasi fungsional dan kualiti hidup, bukan “menjadikan anak normal”.
⭐️ Jika anak anda mempunyai autisme dan kesukaran pertuturan atau bahasa, penilaian menyeluruh oleh Speech-Language Therapist (SLT) amat penting.
✅ Di SI ORI Therapy, SLT berpengalaman menyediakan penilaian berasaskan bukti dan intervensi yang realistik, beretika, dan berfokus kepada keperluan sebenar anak dan keluarga.
👉 Istilah yang tepat membawa kefahaman yang betul dan sokongan yang lebih bermakna.
💢Biasakan yang betul💢Betulkan yang terbiasa salah💢
Mr. SI SLT
SI ORI Therapy

0 Response to "Autisme + Language Disorder + Speech Sound Disorder"

Post a Comment