Apakah itu BioDyslexia?




Apakah itu BioDyslexia? Dan apakah bezanya program serta metod kami berbanding dengan kaedah 3M di luar sana?
BioDyslexia ialah satu pendekatan intervensi pembelajaran yang kami bangunkan berasaskan saringan menyeluruh, literasi berstruktur, sains pembelajaran, serta sokongan regulasi emosi melalui biomaklumbalas. Program ini merupakan satu inovasi hasil penyelidikan dan pembangunan bersama institusi akademik dan organisasi antarabangsa. Pendekatan ini telah menerima dua pingat emas dalam bidang inovasi dan pedagogi.
Pendekatan BioDyslexia merangkumi:
▪️Penilaian Menyeluruh
Setiap pelajar melalui saringan dan penilaian diagnostik untuk memahami profil kognitif, bahasa, literasi, perhatian, dan regulasi emosi. Intervensi disesuaikan secara individu, bukan pendekatan 'one size fits all'.
▪️Program BioDyslexia
Teras intervensi ialah 4M: Membaca, Menulis, Mengira, dan Memahami. Program ini dilaksanakan melalui enam tahap dengan pengajaran yang eksplisit, sistematik, dan multisensori, selaras dengan literasi berstruktur dan Sains Membaca. Matlamat kami bukan sekadar melahirkan pelajar yang boleh membaca, tetapi pembaca mahir, iaitu pelajar yang mampu memahami, berfikir secara kritis, dan belajar secara berdikari.
▪️Modul Pengajaran Berstruktur
Setiap guru menggunakan modul yang dibangunkan secara terperinci dan perlu diikuti langkah demi langkah. Ini memastikan konsistensi pengajaran serta memudahkan pemantauan kemajuan pelajar secara sistematik.
▪️Pendekatan Berasaskan Sains Pembelajaran
Berbeza daripada pendekatan lama yang menggunakan kaedah hafalan, dan latihan buku kerja yang sering menghasilkan bacaan mekanikal tanpa kefahaman mendalam.
▪️Integrasi Biomaklumbalas & Regulasi Emosi
Biomaklumbalas digunakan untuk membantu pelajar membina fokus, kawalan emosi, dan regulasi diri kerana pembelajaran tidak berkesan jika emosi dan fisiologi tidak stabil.
Mengapa pendekatan ini penting?
✓ Ramai pelajar boleh membaca tetapi tidak memahami.
✓ Kelemahan kefahaman membawa kepada kegagalan akademik dan isu emosi.
✓ Intervensi yang dilakukan terlalu lewat hanya merawat simptom, bukan punca.
✓ Pembelajaran perlu mampan untuk jangka panjang.
Kejayaan sebenar diukur melalui kefahaman, keyakinan diri, ketahanan emosi, kemajuan yang konsisten, dan keupayaan belajar sepanjang hayat bukan sekadar angka peratusan awal.
Mengapa dinamakan BioDyslexia? Adakah program ini hanya untuk pelajar disleksia?
Nama BioDyslexia dipilih bukan kerana kami hanya fokus kepada pelajar disleksia semata-mata, tetapi kerana disleksia ialah antara bentuk kesukaran pembelajaran yang paling jelas menunjukkan kelemahan dalam asas membaca, bahasa, memori kerja, dan pemprosesan maklumat. Ia sering menjadi “pintu masuk” untuk memahami pelbagai cabaran pembelajaran lain.
Ramai pelajar yang datang kepada kami bukan hanya mempunyai disleksia, tetapi juga isu tumpuan, bahasa, kefahaman, fungsi eksekutif, kebimbangan, atau cabaran emosi. Semua ini memberi kesan langsung kepada pembelajaran.
Kami memilih untuk menggunakan istilah “dyslexia” kerana ia lebih difahami oleh ibu bapa dan masyarakat umum berbanding istilah “neurodivergent” yang masih asing bagi ramai. Ini memudahkan ibu bapa mengenal pasti masalah awal dan mendapatkan bantuan tanpa kekeliruan.
Terima kasih Dr Othman Talib atas soalan tentang pendekatan yang kami jalankan.
𝗗𝗿. 𝗝.𝗦.

0 Response to "Apakah itu BioDyslexia?"

Post a Comment