Bagaimana Konteks Sosial Membentuk Perkembangan Individu Neurodivergent Merentas Generasi





Bagaimana Konteks Sosial Membentuk Perkembangan Individu Neurodivergent Merentas Generasi

Perasan tak? Mengapa individu neurodivergent daripada generasi berbeza menunjukkan cara berfikir, bertindak, dan menghadapi cabaran hidup yang tidak sama?
Perbezaan ini bukan kerana “autisme dulu lain, sekarang lain”. Ia berlaku kerana sistem pendidikan, akses kepada diagnosis, sokongan keluarga, dan kefahaman masyarakat berubah mengikut zaman.
Untuk memahami perkara ini, kita perlu melihat konteks setiap generasi:
1. 𝗕𝗮𝗯𝘆 𝗕𝗼𝗼𝗺𝗲𝗿𝘀 (𝗟𝗮𝗵𝗶𝗿: 𝟭𝟵𝟰𝟲–𝟭𝟵𝟲𝟰)
Membesar tanpa saringan awal dan tanpa intervensi khusus. Ramai belajar untuk menyembunyikan kesukaran dan menekan emosi. Daya tahan dibina melalui paksaan untuk bertahan sendiri.
Ciri personaliti & tingkah laku:
▪️Pendiam, kuat memendam perasaan.
▪️ Sukar meluahkan keperluan sendiri.
▪️Sangat berdikari, tetapi mudah letih dari segi emosi.
▪️Cenderung menyalahkan diri apabila gagal.
2. 𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗫 (𝗟𝗮𝗵𝗶𝗿: 𝟭𝟵𝟲𝟱–𝟭𝟵𝟴𝟬)
Mula terdedah kepada konsep kesukaran pembelajaran, tetapi sokongan masih terhad. Ramai membesar dengan stigma dan kurang kefahaman masyarakat. Belajar berdikari sejak awal usia.
Ciri personaliti & tingkah laku:
▪️Praktikal dan kuat bekerja.
▪️Jarang mengadu walaupun tertekan.
▪️Biasanya “functioning well” dari luar.
▪️Mudah 'burnout' secara senyap.
3. 𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗶𝗹𝗲𝗻𝗶𝗮𝗹 (𝗟𝗮𝗵𝗶𝗿: 𝟭𝟵𝟴𝟭–𝟭𝟵𝟵𝟲)
Mula mendapat akses kepada diagnosis dan intervensi. Kesedaran tentang kesihatan mental semakin meningkat. Ramai hanya memahami profil neurodivergent diri sendiri apabila dewasa.
Ciri personaliti & tingkah laku:
▪️Banyak refleksi diri.
▪️Lebih terbuka bila bercakap tentang emosi.
▪️Mula mencari bantuan profesional.
▪️Sering rasa “kenapa la lambat tahu tentang diri sendiri”.
4. 𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗭 (𝗟𝗮𝗵𝗶𝗿: 𝟭𝟵𝟵𝟳–𝟮𝟬𝟭𝟮)
Lebih terdedah kepada pendidikan inklusif dan saringan awal. Lebih berani menyuarakan keperluan pembelajaran dan emosi. Namun berhadapan tekanan sosial dan rangsangan digital yang tinggi.
Ciri personaliti & tingkah laku:
▪️Pandai menyuarakan keperluan.
▪️Lebih yakin dengan identiti diri.
▪️Sensitif terhadap tekanan sosial.
▪️Tahap kebimbangan lebih tinggi.
5. 𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗔𝗹𝗽𝗵𝗮 (𝗟𝗮𝗵𝗶𝗿: 𝟮𝟬𝟭𝟯–𝗸𝗶𝗻𝗶)
Mendapat pengesanan dan sokongan sejak usia awal. Intervensi lebih bersasar dan berstruktur. Perkembangan sangat dipengaruhi oleh teknologi dan persekitaran digital.
Ciri personaliti & tingkah laku (pemerhatian awal):
▪️Lebih terbiasa dengan sokongan.
▪️Cepat belajar melalui teknologi.
▪️Bergantung kepada struktur.
▪️Perlu dibimbing untuk bina daya tahan kendiri.
Perbezaan antara generasi ini menunjukkan bahawa perkembangan individu neurodivergent sangat dipengaruhi oleh konteks sosial.
Daya tahan dahulu dibentuk melalui keperluan untuk “bertahan”.
Daya tahan hari ini dibentuk melalui sokongan, pemahaman, dan kemahiran pengawalan diri.
Setiap generasi membina kekuatan dalam sistem yang berbeza. Sebagai ibu bapa, pendidik, dan masyarakat,
kita perlu memahami konteks ini sebelum membuat penilaian.
Sokongan yang berkesan bermula dengan kefahaman yang tepat.
𝗗𝗿. 𝗝.𝗦.
𝑃𝑠𝑖𝑘𝑜𝑙𝑜𝑔𝑖𝑠 𝑃𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 | 𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝐾ℎ𝑎𝑠 & 𝑁𝑒𝑢𝑟𝑜𝑑𝑖𝑣𝑒𝑟𝑠𝑖𝑡𝑖
Rujukan Ringkas:
𝘈𝘮𝘦𝘳𝘪𝘤𝘢𝘯 𝘗𝘴𝘺𝘤𝘩𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘈𝘴𝘴𝘰𝘤𝘪𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘈𝘗𝘈). (2022). 𝘚𝘵𝘳𝘦𝘴𝘴, 𝘳𝘦𝘴𝘪𝘭𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦, 𝘢𝘯𝘥 𝘭𝘪𝘧𝘦𝘴𝘱𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘷𝘦𝘭𝘰𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵.
𝘊𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘴 𝘧𝘰𝘳 𝘋𝘪𝘴𝘦𝘢𝘴𝘦 𝘊𝘰𝘯𝘵𝘳𝘰𝘭 𝘢𝘯𝘥 𝘗𝘳𝘦𝘷𝘦𝘯𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘊𝘋𝘊). (2023). 𝘈𝘶𝘵𝘪𝘴𝘮 𝘱𝘳𝘦𝘷𝘢𝘭𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘦𝘢𝘳𝘭𝘺 𝘪𝘥𝘦𝘯𝘵𝘪𝘧𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯.
𝘞𝘰𝘳𝘭𝘥 𝘏𝘦𝘢𝘭𝘵𝘩 𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘞𝘏𝘖). (2022). 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘊𝘭𝘢𝘴𝘴𝘪𝘧𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘧 𝘍𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯𝘪𝘯𝘨, 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺 𝘢𝘯𝘥 𝘏𝘦𝘢𝘭𝘵𝘩 (𝘐𝘊𝘍).

0 Response to " Bagaimana Konteks Sosial Membentuk Perkembangan Individu Neurodivergent Merentas Generasi"

Post a Comment