Pendidikan Khas & Asrama ?




Kredit : Fatimah Mohamad
Sumber : https://www.facebook.com/share/p/1Trm3ok4UP/


Mak-mak ke bapa-bapa yg melepaskan anak kali pertama ke Asrama. Ok ke tu?

Tak banyak gambar sempat snap, berkejaran masa dgn nak ambil si adik yg orientasi serta 1st day juga pada hari yg sama.

Sempat snap gambar dorm anak yg menempatkan 8 orang murid dalam 1 dorm. Ni keadaan Aspura ya. 1 floor ada 2 dorm dengan kemudahan mesin basuh dan bilik iron, berserta ruang ampaian utk setiap floor. Mesin basuh kena bayar tiap kali basuh? Tak. Percuma saja. 

Bangunan Aspura (asrama putera) dan Aspuri (Asrama Puteri) boleh menempatkan 80 orang murid utk both side. Kira jumlah 160 orang murid yg boleh asrama sekolah tampung.

Mula-mula saya ingat lebih kurang 30 orang anak-anak yg berkeperluan khas akan berada dlm 1 kelas bagi tingkatan 1 tapi mustahil juga sebab 3 kategori berbeza anak yg berkeperluan khas.

Sesi taklimat terjawab sudah, utk tingkatan 1 ada 4 kelas:

1️⃣ Kelas utk Kategori Masalah Pendengaran (BL)

2️⃣ Kelas utk Kategori Masalah Penglihatan (DE)

3️⃣ dan 4️⃣ kelas utk Kategori Masalah Pembelajaran (LD)

Utk LD setiap kelas ada 10 orang murid sahaja utk setiap kelas bagi sesi 2025/2026. Tahun-tahun sebelumnya ikutkan hanya sekitar 7-8 orang saja murid untuk 1 kelas murid Learning Disability (LD). 

Tahun ni jumlah murid dari tingkatan 1 hingga 5 seramai 128 orang murid sahaja. 

Sempat juga saya bertanya pada Puan Pengetua :

Q: Selain dari lulus ujian saringan tempoh hari adakah faktor lain seperti pemarkahan PAJSK turut memainkan peranan dalam pemilihan anak-anak utk masuk ke SMKPK B5?

A: Ya.

Part yg mesti ibubapa nak tau jugakan? Makanan asrama kena bayar tak? Tak perlu bayar pun. Anak-anak siap diberi 5 kali sehari 😋 Bau makanan tengah hari depa pun menggoda tau 😁 Sedaq habaq hang. 

Harap dapat membantu Ibubapa yg ada anak berkeperluan khas di luar sana. 

0 Response to "Pendidikan Khas & Asrama ?"

Post a Comment