Assalamualaikum wbt dan Salam 18 Ramadhan.
Agak tular sekarang ini orang promosikan senaman, urutan, gosokan, bauan, makanan yang kononnya dapat membantu anak bercakap. Kebanyakannya hanya berdasarkan testimoni juga kajian-kajian yang tidak tepat juga yang dipalsukan semata-mata untuk kelihatan ia bagus dan berkesan.
Jika kita belajar berkenaan mekanisma bagaimana otak kita memproses apa yang didengar juga menyusunatur proses penghasilan sebutan, pastinya kita sedar bahawa bercakap tidak semudah yang kita sangkakan. Kerana itu jugalah wujudnya profession Terapi Pertuturan Bahasa (SLT) yang belajar asasnya sahaja selama 4 tahun.
Jika anak ada masalah "bercakap", berjumpalah dengan ahli terapi pertuturan bahasa (SLT) yang bertauliah. Kebiasaannya jika ada apa sahaja kaedah terbaru yang telah terbukti berkesan, merekalah yang akan belajar dahulu dan gunakan.
Semoga bermanfaat.
0 Response to "Tips Latih Anak Bercakap #18"
Post a Comment